01 Kapal Layar belayar dari Utara ke Selatan , asapnya menghala ke mana ? Kapal Layar tak de asap !
02 Negeri apa tak cukup 10 ? Negeri Sembilan
03 Seorang budak naik basikal sambil satu roda diangkat keatas manakala satu lagi atas jalanraya , tiba-tiba dia terjatuh dia naik apa ? Naik Malu !
04 Sebuah kapal yang sarat dengan muatan sedang belayar di laut, datang seekor burung lalu hinggap di hujung dek kapal tersebut , tiba-tiba kapal itu senget lalu tenggelam , nampak apa ? Nampak Penipu !
]
05 Kenapa kapal laut dan kapal terbang boleh berlanggar ? Pasal ada dua kalau satu tak mungkin berlanggar !
06 Semua lembu boleh menguak , lembu apa tak boleh menguak ? Lembu Bisu !
07 Dalam banyak-banyak BOM , Bom apa tak boleh meletup ? Bomba , Bomerang , Kuih Bom
08 Di manakah letaknya kekuatan Kuala Lumpur? Huruf R kerana jika R digantikan dengan H akan jadi KUALA LUMPUH !
09 Kecil di CHINA besar di AFGHANISTAN ? Huruf ?A ?
10 Besar di MALAYSIA, besar di MEDAN, MAKAN pun besar MANDI pun besar ? Huruf ?M ?
11 Di depan GADIS Di belakang KAMBING ? Huruf ?G ?
12 Pada lelaki ada 2 benda ni ? Huruf ?L ?
13 Apa ada tengah Rumah ? Huruf ?M ?
14 Apa ada tengah jalan ? Huruf ?L ?
15 Buah apa ada 21 biji ? Buah Dadu
16 Dalam banyak-banyak BOS , Bos apa orang ramai tak suka ? Bosan
17 Binatang apa kemaluan di tengkuk ? Kuda Kepang
18 Binatang apa banyak kemaluan ? Tarian Singa !
19 Binatang apa paling kaya ? Beruang ( BER-WANG )
20 Binatang apa paling miskin ? Ayam, sebab kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
21 Binatang apa seksi ? Kuda belang ( Zebra )
22 Binatang apa kedekut ? Kuda (dia berlari bunyi kedekuk-kedekuk )
23 Sebutkan 7 nama buah bermula dengan huruf L ?? Langsat, Luku, Lulian, Lambai, Lambutan, Langka, Limau
24 Dalam banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang cari ? Lembu Hilang !
25 Mengapa anak babi jalan tunduk ? Dia malu mak dia BABI !
26 Burung apa badan , sayap , dan kepala di kaki ? Burung kena pijak !
27 Jika PROTON SAGA ada 10 , HONDA ACCORD ada berapa ? HONDA ACCORD ADA 11 ,
28 Sudah di potong tapi masih panjang ? Kacang Panjang
29 Bulan apa orang kurang bercakap ? Bulan Februari pasal ada 28 hari je !
30 City apa paling terang ? Elektrik City !
31 Bila kita tidur dia bangun , bila kita bangun dia tidur ? Tapak Kaki
32 Bank apa tak de $ ? Bankrup !
33 Ada 2 nama, 1 nama binatang satu lagi nama negeri, bila disambung jadi nama orang ? Siput Sarawak
34 Ikan apa bila mati kita beri nama orang ? Ikan Bakar !
35 S apa tak nampak ? S. Jibeng
36 Apa benda hanya turun sahaja ? Hujan
37 Apa benda hanya naik sahaja ? Umur
38 Apa yang perlu kita lakukan apabila hendak TURUN?dari sesuatu kenderaan ? Naik kenderaan itu dahulu !
39 Air apa paling berani ? Air Terjun !
40 Buah apa jika kita nak makan harus langkah dahulu ? Buah Dam !
41 Bila tarik pendek bila lepas panjang ? Yoyo
42 Apa beza jika seseorang itu jatuh dari tkt 1 kebawah dengan dari tkt 20 kebawah ? Tkt 1 kebawah gedebuk ! AAA�.?Tkt 20 kebawah AAA�..Gedebuk !?
43 Mata tangan kaki semua di kepala ? Kutu
44 BAS apa paling pandai ? Bas Sekolah !
45 Apabila anjing berlari kekadang sesekali dia akan menoleh kebelakang mengapa ? Pasal dia tak de SIDE MIRROR !
46 Dalam satu kapal ada 3 orang. Seorang RAJA seorang NABI dan sorang lagi ORANG BIASA, siapa yang meninggal dunia dahulu ? Orang Biasa kerana Nabi Wafat, Raja mangkat !
47 Percaya tak dalam keadaan kegawatan ekonomi ni tambang teksi turun tapi tambang bas naik ? Percaya pasal tambang teksi dibayar masa nak turun manakala tambang bas masa nak naik !
48 Jika kita naik teksi kenapa tak bayar DUIT DULU?? Pasal DUIT DULU tak laku ? kena pakai duit sekarang !
49 Apakah nama rakyat Jepun yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti ? KURASATAKADA ( KU-RASA-TAK-ADA )
50 Bila kita sebut perempuan dia melekat tapi jika sebut lelaki dia tak melekat ? Bibir
51 Pokok apa akarnya tak sampai ke bumi dan pucuknya tak sampai ke langit ? Teratai
52 Percaya tak orang MATI , HIDUP BALIK ? Percaya kerana yang MATI akan dikebumikan manakala yang HIDUP balik ke rumah la !
53 Jika kita makan pisang kita buang kulit jika kita makan kulit BUANG APA ? Buang Tebiat !
54 Naik guna kaki apabila turun guna pinggang? Papan Gelungsur
55 Sebiji kelapa di belah 2 , bahagian mana panggil kelapa ? Bahagian Selatan
56 Katak jika diberi kepak dia terbang , ular jika di beri kaki ? Dia patok le kaki tu !!
57 Buat 20 ayat dengan menggunakan huruf J sahaja.. Jamal jual jagung jamal jerit jagong jagong ! jagong jagong ! jagong jagong !
58 Intan potong kaca , kaca potong daging , daging potong apa ? Daging potong taik !
59 Jam dekat dinding , JAM DINDING jam dekat tangan , JAM TANGAN jam dekat muka ? Jambang
60 1 Selalu kita dengar
2 Sesekali kita dengar
3 Jarang-jarang kita dengar
4 Tidak pernah sekali kita dengar Tayar kenderaan bocor !
61 Sekali sebut kita
2 Kali sebut benda
3 Kali sebut benda kita
4 Kali sebut benda-benda
5 Kali sebut benda-benda kita KU, KUKU ,KUKU KU, KUKU KUKU, KUKU KUKU KU
62 Karim berjumpa TOK PEKONG CINA untuk mendapatkan nombor ekor , TOK PEKONG itu memberikan dia nombor dengan menyebut satu lua, tiga ampat?Soalannya apakah nombor yang Karim beli ? 2 444
63 Panas naik sejuk turun ? Termometer
64 Atas pokok ada buah , atas buah ada pokok ? Nenas
65 Masuk tegang keluar kendur ? Stokin
66 Kita telan dia kita hidup tapi jika dia telan kita , kita mati ? Air
67 Binatang apa bertelur dan beranak ? Siput Babi
68 Pada seekor itik ap

Bagus teka teki ni...izinkan s copy n paste?hehe
BalasPadam